Monday, September 21, 2015

SASTERAKUU~~~

hi, its been a long time since my last post in this blog. apa khabar... huhuhhhuuh. *cm la ade yg nk jwb* post kalini nk cite pasal bidang sastera. i've interest pasal puisi ni since darjah 6 lagi. time tu aku start minat sbb msk pertndingan pantun. alhamdulillah, hasil usaha n tnjuk ajar cikgu azman, group aku dpt naib johan. ntah cemana aku minat bab bab puisi atau sastera nih. lul. lps tu naik form 1 ckgu saedah tnye sapa nk msk prtndingan pantun, aku apa lagi... volunteer la. smpi taun ni aku still lgi diberi peluang utk msk pertandingan pantun ni. even peluang menang mmg tipis gilaaaa! start dri situ aku lbh mndalam lgi minat. aku try plak masuk sajak.... and okaylaa... ade gak 2 3 pertandingan sajak aku masuk dri form 1 smpi skarang aku form 3 ni. cipta sajak pon minat gak, cuma tak best n gramatis la kata2 dlm sajak tu. but aku pcaye, aku blh improve lagi.. haha cheyywah blagak. aku minat baca sajak, buat sajak, ckp2 pasal bahasa, kengkadang tetiba blh ckp bnde yg "puitis" lah sangatt.. hahahaaaa.... lgi satu, bdk kelas aku pnggil aku bdk sastera. weiii, aku nk jdi doktor lahh... aku slalu betulkan ayat orang klu diorang sebut salah. aku tau ade yg tak suka. ahhh biaq pi laaa. kat bwh ni sajak A.SAMAD SAID. aku baca2... cam beeest. so ai copy paste jehh.. baca la ekk. smoga korang pon minat bahasa puitis sebegini yee. hehe.. bye.

Riang Ria Merdeka

Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?
Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan
Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi
Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang
Kibarkanlah jalur gemilang
Tabiklah perwira-perwira negara
Jadilah rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan
Adik-adikku..
Bergembiralah
Bersoraklah
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu

Tuesday, April 1, 2014

10 Reason Why We Must Watch RUNNING MAN

#10 It is funny
#9 Name tag ripping
#8 World renowned guests
#7 Interesting games
#6 Different locales 
#5 The members <3
#4 Stress destroyer
#3 Different themes
#2 The relationships
#1 Lee Kwang-soo, Kang Gary and Kim Jong Kook

HAHAHAHAHAHAHAHAHA ><


Tuesday, October 15, 2013

SAJAK KEGEMILANGAN MELAKA

Melaka
Nama yang gemilang
Tersohor suatu ketika dahulu
Tumpuan negara bangsa
Pemerintahan ketika itu gemilang
Mulanya dari Parameswara
Hinggalah Sultan Mahmud Shah
Sungguh terbilang di merata dunia
Perdagangan mancanegara
Persinggahan antara timur ke barat
Melengkapkan perjalanan bahtera mega
Islam menjadi agama utama
Dibawa pedagang negara islam
Penyebaran yang meluas
Pilihan utama setiap insan
Jajahanmu luas
Kuasamu jelas
Tiada banding ketika itu
Sungguh dihormati negara luar
Tumpuan ilmuan
Merungkai segala permasalahan
Mencari kesepakatan
Oh Melaka
Kegemilanganmu
Menjadi sejarah

Anak bangsa



~alyazulkifli~






RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan ( 5 )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sdb mentega
  • 1 sdk esen vanila
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 cawan tepung
  • 1 sdk soda bikarbonat

Cara-cara

  1. didihkan gula + air utk dijadikan karamel.
  2. pukul mentega, esen vanila dan susu pekat hingga bergaul rata.
  3. masukkan 5 biji telur satu persatu.
  4. masukkan tepung dan soda bikarbonat dan kaup balikkan.
  5. tuang karamel, kacau perlahan hingga mesra.
  6. bakar pada suhu 170 dalam masa 40-50 minit.