Friday, August 16, 2013

Resepi Biskut Makmur

Assalamualaikum......
harini saya nak kongsikan resepi kuih raya pertama yang saya buat, biskut makmur.....


Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )

Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara

1-Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.

2-Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.

3-Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.

4-Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.

5-Cairkan minyak sapi.

6-Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.

7-Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.

8-Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.

9-Biskut yang sudah masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.

10-Siap untuk dimakan.




BY: AlyaZulkifli (5/8/2013-isnin)

No comments:

Post a Comment